Menghias
diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala ada segelintir wanita
yang tidak faham akan kewajipannya. Dia berhias diri ketika nak keluar
rumah. Ketika di rumah dia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala
rambutnya pun tidak terurus.
Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk
suami. Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami
terhibur.
Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan
melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih,
maka ia menjadi penawar kepada suami.
Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW: “Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi
bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke
Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing”.
Maka Rasulullah SAW pun bersabda: “Bersabarlah, iaitu masuklah pada
waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya
yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah
ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat
kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh
berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya.
Berhias mestilah dilakukan secara sederhana, kerana tujuan berhias
agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami. InsyaAllah..